Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang melaksanakan kajian di atas untuk menilai pencapaian Kemahiran Insaniah semua pelajar warganegara tahun akhir peringkat Sarjana Muda. Tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah adalah seperti berikut:
- Kemahiran Komunikasi
- Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
- Kemahiran Kerja Berpasukan
- Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat
- Kemahiran Keusahawanan
- Moral Dan Etika Profesional
- Kemahiran Kepimpinan
Tempoh pelaksanaan kajian ini adalah mulai 10 hingga 20 Mei 2013. Semua pelajar tahun akhir adalah diwajibkan menjalankan kajian ini dengan melayari laman sesawang kajian di alamat http://jpt.mohe.gov.my/my3s. Pelajar boleh berhenti dan log-out serta sambung semula pengisian kajian bagi bahagian-bahagian yang belum selesai tertakluk kepada tempoh masa yang telah ditetapkan. Maklumat yang telah disimpan adalah muktamad dan tidak boleh dipinda.
Sekian, terima kasih.
*Untuk maklumat lanjut, sila klik arahan bergambar dibawah: